makanan untuk hati bukanlah terlalu susahuntuk dimakan. mungkin ia diantara makanan kegemaran kamu:
KULIT KAYU MANIS DAN BUNGA LAWANG:
1. 2 bahan utama rempah ratus ini wajib ada didalam setiap rumah. Kajian ada menyatakan bahawa kulit
kayu manis dan bunga cengkih boleh meningkatkan fungsi insulin dalam badan. Ia juga boleh
merendahkan kadar kolestrol. Cubalah ambil secubit serbuk kulit kayu manis dan taburkan ke dalam
kopi ataupun yogurt yang selalu anda makan.
KOPI:
2.Kajian di universiti minnesota ada menyatakan bahawa wanita yang minum kopi setiap hari dapat
mengurangkan 24% kadar serangan jantung. Namun terlalu banyak kafein juga boleh
menyebabkan kamu gementar.
BIJIRIN DAN SUSU:
3. Pendek kata, ambillah sarapan pagi yang sihat! Ada kajian yang menunjukkan bahawa orang yang selalu mempunyai berat badan yang ideal, tekanan darah yang normal dan kurang kadar kolestrol adalah terdiri daripda mereka yang mengamalkan sarapan pagi yang sihat. Oleh itu, amalkan bijirin dan susu sebagai sarapan pagi.
No comments:
Post a Comment